"ISLAM PEMANGKIN BERADABAN SEJAGAT"

Friday, August 17, 2007

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ

Tarikh: 17 Ogos 2007(Jumaat)
Masa: 03.00-05.30 petang
Tempat: Dewan Terbuka
Sasaran: Pelajar Sesi Petang

Laporan:
Majlis Sambutan Israk dan Mikraj telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMKS. Majlis bertujuan memperingati peristiwa agung di mana Nabi Muhammad S.A.W. diperjalankan di malam hari ke Masjid al-Aqsa dan seterusnya ke Sidratul Muntaha di langit ke tujuh bagi menerima perintah solat 5 waktu untuk umat Islam.

Jawatankuasa Pelaksana telah menjemput Ustaz Mohd Kamal Azhari bin Zuhra untuk menyampaikan ceramah khas bagi majlis tersebut. Berikut adalah aturcara majlis:

03.00 petang: Pelajar dan guru berhimpun di Dewan Terbuka
03.05 petang: Bacaan doa oleh Ustaz Nizam bin Mohd Ridzwan
03.10 petang: Bacaan al-Quran dan terjemahan
03.30 petang: Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan
04.30 petang: Persembahan Nasyid
04.45 petang: Penyampaian cenderahati
05.00 petang: Rehat dan Solat Asar
05.30 petang: Majlis bersurai dan kelas disambung mengikut jadual


----------------------------

Gambar-gambar: (Klik untuk lihat imej besar)

Gambar 01: Bacaan al-Quran diperdengarkan


Gambar 02: Ustaz Mohd Kamal Azhari bin Zuhra sedang memberikan ceramah

Gambar 03: Antara guru-guru yang hadir


Gambar 04: Puan Mariyane binti Md. Desa sebagai Juruacara



Gambar 05: Persembahan Nasyid dari beberapa orang pelajar perempuan




Laporan Oleh: Mohd Faisal Farish bin Ishak

Sunday, August 5, 2007

Cukur rambut bayi - Antara agama dan adat

.........Hukum melakukan selain itu bukan lagi menjadi sunat sebaliknya hanya adat dan warisan yang dirasa perlu dipelihara oleh generasi yang ada sekarang supaya ia tidak pupus begitu sahaja.

Justeru timbul kekeliruan antara hukum dan adat yang perlu dipelihara.

Maka sewajarnya perlu ada satu majlis atau ruang untuk memperbetulkan kekeliruan terbabit.

Sehubungan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serendah, Rawang Selangor yang baru enam bulan dibuka, mengadakan majlis mencukur rambut secara beramai-ramai. Objektifnya ialah untuk memberi pendedahan sebenar tentang amalan tersebut. ....(Baca lagi)