"ISLAM PEMANGKIN BERADABAN SEJAGAT"

Friday, August 17, 2007

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ

Tarikh: 17 Ogos 2007(Jumaat)
Masa: 03.00-05.30 petang
Tempat: Dewan Terbuka
Sasaran: Pelajar Sesi Petang

Laporan:
Majlis Sambutan Israk dan Mikraj telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMKS. Majlis bertujuan memperingati peristiwa agung di mana Nabi Muhammad S.A.W. diperjalankan di malam hari ke Masjid al-Aqsa dan seterusnya ke Sidratul Muntaha di langit ke tujuh bagi menerima perintah solat 5 waktu untuk umat Islam.

Jawatankuasa Pelaksana telah menjemput Ustaz Mohd Kamal Azhari bin Zuhra untuk menyampaikan ceramah khas bagi majlis tersebut. Berikut adalah aturcara majlis:

03.00 petang: Pelajar dan guru berhimpun di Dewan Terbuka
03.05 petang: Bacaan doa oleh Ustaz Nizam bin Mohd Ridzwan
03.10 petang: Bacaan al-Quran dan terjemahan
03.30 petang: Ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan
04.30 petang: Persembahan Nasyid
04.45 petang: Penyampaian cenderahati
05.00 petang: Rehat dan Solat Asar
05.30 petang: Majlis bersurai dan kelas disambung mengikut jadual


----------------------------

Gambar-gambar: (Klik untuk lihat imej besar)

Gambar 01: Bacaan al-Quran diperdengarkan


Gambar 02: Ustaz Mohd Kamal Azhari bin Zuhra sedang memberikan ceramah

Gambar 03: Antara guru-guru yang hadir


Gambar 04: Puan Mariyane binti Md. Desa sebagai Juruacara



Gambar 05: Persembahan Nasyid dari beberapa orang pelajar perempuan




Laporan Oleh: Mohd Faisal Farish bin Ishak

No comments: